CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
the BLACK CAT DEATH's site

Hear..


Postingan Kami

Sabtu, 08 November 2008

Apa Itu Indie???

Muzik indie

Muzik indie (perkataan indie dipetik daripada perkataan Inggeris independent (bebas)) merujuk kepada sebilangan jenis muzik, persada muzik, subbudaya dan sifat stilistik dan kebudayaan yang disifatkan daripada persepsi kebebasan daripada muzik pop komersial dan budaya aliran utama serta pendekatan membuat hasil karya sendiri (do-it-youself/DIY) secara bebas.

Definisi "indie"

Istilah "indie" sering digunakan untuk merujuk kepada sejenis bunyi yang disembahkan oleh seseorang pemuzik, tetapi jika ditafsirkan secara lebih literal, ini merupakan satu cara yang mana bunyi itu disembahkan atau dihasilkan. "Indie" lazimnya merujuk kepada seseorang artis atau kumpulan yang bukan sebahagian budaya aliran perdana (mainstream) dan/atau sebenarnya menghasilkan muzik di luar pengaruh aliran perdana. Meskipun muzik yang dihasilkan oleh artis-artis ini banyak berbeza, definasi "indie" tercetus daripada sifat "buat sendiri" (do-it-yourself/DIY) dan kemampuan untuk bekerja di luar naungan koperasi besar.

Indie bermaksud "bukan di bawah naungan label utama"

Salah satu erti perkataan "indie" yang paling ringkas dan lazim dipakai ialah bahawa pemuzik itu tidak terikat dengan mana-mana label rakaman yang utama (syarikat rakaman utama itu adalah seperti EMI, Universal Music, Sony BMG dan Warner Music).

Masalah dengan definasi ini ialah kekurangan korelasi antara kekomersialan atau kebebasan kreatif yang ditawar oleh label utama. Kebanyakan label bebas utama beroperasi mengikut prinsip niaga seperti label utama tersebut, dengan jabatan artis dan repertoire (A&R), bajet pemasaran dan kepentingan komersial yang membantu operasi perniagaan. Manakala, label utama sering mengekalkan artis berteraskan indie yang diberi kebebasan kreatif yang lebih besar dan menerima sanjungan para pengkritik.

0 komentar: